Gadget Mania

Gila Bukan Sebarangan Tapi Gila Dalam Mencari Informasi

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

Gadget Mania

Jul 20, 2009

Download Lagu

Posted by ElectroBuzz


Bunkface - Revolusi *Sedut Di Sini*
Yuna - Dan Sebenarnya *Sedut Di Sini*
Seventeen- Selalu Mengalah *Sedut Di Sini*
6ixth Sense - Tak Bisa Memilihmu *Sedut Di Sini*
6ixth Sense - Khatimah Cinta *Sedut Di Sini*

Jan 25, 2009

Mitsubishi Lancer Evo Untuk PDRM

Posted by ElectroBuzz

KUALA LUMPUR: The Royal Malaysian police has bought 25 high-powered Mitsubishi Lancer Evolution cars to catch criminals and speed hogs.

The cars, worth several millions of ringgit, would be fitted with safety gadgets and would sport the looks of police patrol cars.

Sources said the police had al ready taken possession and were testing the cars before sending them to the Road Transport Depart ment for registration and approval.

“The cars are to be used in high-speed car chase, especially in cases of carjacking, kidnapping and hi jacking.


Lagi Gambar Dalam Picsmania

Penjara Di Norway

Posted by ElectroBuzz

Orang kata hidup di penjara amat sukar, bosan dan sunyi. Tidak semua penjara macam tu. Cuba kita tengok salah sebuah penjara di Norway ni.


Baca Lagi Dalam Picsmania

Made In White Gold : Mercedes Benz

Posted by ElectroBuzz

Ada bran ke nak beli kereta ni

FULLY BUILT IN WHITE GOLD Body ( Abu Dhabi registration)



Baca Lagi Dalam Picsmania

Jan 20, 2009

Jurugambar Indonesia Mirip Obama

Posted by ElectroBuzz

JAKARTA: Jurugambar Indonesia, Ilham Anas (gambar) tidak akan menyaksikan perisytiharan Presiden baru Amerika Syarikat, Barack Obama, esok, sebaliknya beliau akan berlakon sebagai lelaki yang menyerupai Obama dalam televisyen republik ini.

Ilham, 34, yang dari beberapa aspek agak sama dengan presiden baru Amerika itu, menjadi terkenal di ibu kota ini selepas Obama, 47, memenangi pilihan raya November lalu, dan kini meraih pendapatan sebagai ‘Obama palsu’.

Ramai rakyat Indonesia mempunyai minat tinggi terhadap Obama yang pernah tinggal di ibu kota ini selama empat tahun selepas ibunya, Ann Dunham, berkahwin dengan warga Indonesia beragama Islam, Lolo Soetoro, selepas perkahwinannya dengan bapa Obama berbangsa Kenya berakhir.

“Apabila Obama menang, rakan saya gemar mempersendakan saya - mereka menyuruh saya memakai sut, tali leher dan mengambil gambar saya sebagai Obama,” kata Ilham.

“Gambar itu tersebar dengan cepat di internet. Ia luar biasa. Kemudian stesen televisyen dan sebuah agensi pengiklanan menghubungi saya.”



Beliau muncul dalam iklan farmaseutikal di Filipina sebagai Obama yang dijangka mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat, esok.

Ilham yang lahir dan dibesarkan di Bandung, Jawa Barat, berkata, beliau berasa bertuah memiliki wajah iras Obama.

“Saya tidak pernah terfikir menjadi bintang dalam iklan. Saya amat bertuah,” kata Ilham.

“Saya berada di lapangan terbang di Malaysia dan seorang lelaki mendekati dan bertanya: “Adakah anda Obama? Saya terperanjat apabila beliau meminta untuk mengambil gambar dan membelikan saya makanan,” katanya. - Reuters

Jan 16, 2009

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Posted by ElectroBuzz

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

Baca Lagi Dalam Info Agama

Toll Gate Scam

Posted by ElectroBuzz

Gaji toll collector lagi mewah dari gaji engineer.Betul ke?Tapi tak berkat la. Baca kisah di bawah. Lain kali minta resit.

I had to go to some place in Desa Pandan yesterday afternoon. Of course the road that I used was KESAS Highway. The story I'm about to tell started upon reaching the Toll Gate near Awan Besar. It happened after I handed to the Toll Operator my payment for using that expensive highway - RM 2.20.


Me : "Resit, pliz..."
Toll Operator : "Err, bang, resit takde la..."
Me : "Mcm mana boleh takde pulak...?"
Toll Operator : "Erm, saya TERTEKAN kelas 4.... harga dia lain..."
Me : "Kelas 4???".... (sambil tercari-cari where I could find any clue about Kelas 4...)

Ah, there it is, just right in front of me...

Baca Lagi Dalam Infomania

Jan 14, 2009

Ujian Dementia

Posted by ElectroBuzz

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus.. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....





Ready? GO!!! (lihat bawah)






Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?







~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~






Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!


Baca Lagi Dalam Infomania

Siapa Yahudi? Siapa Islam?

Posted by ElectroBuzz

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?


Baca Lagi Dalam Isu Semasa

Jan 12, 2009

Nokia 888 Concept

Posted by ElectroBuzz






Teknologi Yang Digunakan :


Liquid battery, speech recognition, flexible touch screen, touch sensitive body cover yang membenarkan ia memahami dan berubah mengikut persekitaran. Ia mempunyai mekanisma badan yang mudah diprogram supaya ia boleh berubah bentuk dalam keadaan yang berbeza.

Jan 5, 2009

Harga Minyak Mentah Terus Meningkat

Posted by ElectroBuzz

NEW YORK - Minyak mentah naik sejak konflik di Gaza meningkatkan kerisauan bahawa negara Timur Tengah memutuskan bekalan dan Rusia menghalang penghantaran gas asli ke Ukraine.

Pesawat regim Israel yang melakukan serangan terhadap pejuang Hamas pada hari ketujuh dalam kempennya ke atas Gaza telah meningkatkan keganasan di daerah itu.Minyak mentah untuk penghantaran Februari naik USD 1.74, atau 3.9%, menjadi USD 46.34 per barel pada 2:52 p.m di New York Mercantile Exchange, nilai tertinggi sejak Dec 11. Harga naik 23% minggu ini.Minyak turun 54% tahun lalu, penurunan tahunan pertama sejak tahun 2001 ketika minyak mentah susut 26% dan kerugian yang terbesar sejak perdagangan dimulakan.OPEC akan mengurangkan penghantaran harian minyak mentah kepada 1% dalam empat minggu hingga Jan 17.

Sumber : Financial Post

Dec 29, 2008

Harga PSP 2000 (Slim) Terhangat Di Pasaran

Posted by ElectroBuzz

Dua hari yang lepas, ElectroBuzz sempat buat survey harga PSP 2000 di sekitar kawasan Seberang Perai. Apa yang memeranjatkan rata-rata kedai menawarkan harga yang cekik darah di antara RM 950 hingga RM 1050.Tu pun bukan semua bagi full package. Kedai A menawarkan harga RM 999. Spec : Console, Screen Protector, Memory Card 4GB dan bonus 2 game UMD. Kedai B plak bagi harga RM 1050 dengan console, full package ( screen protector, pouch bag,TV component cable, spare button dan earphone) tapi tinggal last copek ja.. colour merah. Semua ni fully hacked ( maksudnya bleh men UMD pirate game download).

Seperti yang dimaklum kepada ElectroBuzz, model PSP 2000 Sony dah kurang keluar. Yelah..dah ada model PSP 3000 yang lebih tinggi security (setakat ni tak bleh nak hack) buat pa nak keluar model lama yang senang-senang orang hack pastu bleh men UMD pirate. Berdasarkan info harga PSP 2000 original dari Sony Style Malaysia adalah RM 799 manakala PSP 3000 adalah RM 899. Beza banyak tuhh harga dengan PSP yang dah dihacked. Tapi masalahnya harga UMD game original adalah di antara RM 100 hingga RM 150. Mahal tuu..beli empat lima keping dah bleh beli console baru..kalau kaya tak pa la. Difahamkan trend harga PSP 2000 akan terus melonjak sampai ia lenyap dari muka bumi ni.

Dec 27, 2008

Blog Adibah Ahmad

Posted by ElectroBuzz

Adibah Ahmad (tak tau samada dipedajal atau apa) yang saya postkan dalam post sebelum ini,
http://isuhangat.blogspot.com/2008/12/minah-ni-hina-islam.html dulu kat friendster sekarang dah buat blog guna blogspot pula.

Samada dia atau siapa yang pedajal dia ni memang kurang ajar. Kalau kat luar negara dah kena halal dah darah dia macam kes karikatur Denmark beberapa tahun lepas pasal blog ni menyamakan menghina Nabi Muhammad SAW dengan cara amat melampau!!! (aku tak sanggup nak taip)

Ada keluar kat Berita TV3 pasal blog celaka ni. Secara logiknya memang dia diperkenakan kalau tidak takkan paparkan no telefon lagi. No telefon yang tersebut adalah milik sebuah syarikat jual kereta mewah di Kuala Lumpur.

MCMC pun tidak boleh buat apa-apa pasal blogspot ni blog mendaftar di luar negara tetapi pihak yang berkenaan tolonglah siasat manusia yang bernama Adibah Ahmad ni. Kalau dia menjadi mangsa harap polis dapat siasat siapa yang perkenakan dia. Mesti boleh trace punya sebab detail pasal Adibah Ahmad dia tahu. Di friendster yang kena ban tu pun ada koleksi gambar peribadi Adibah Ahmad. Mesti seseorang yang mengenali beliau secara rapat. Dari gaya tulisannya menunjukkan penulis blog ini ialah orang Melayu dan mengatakan blognya untuk orang yang open minded, orang kampung pergi tempat lain. Betullah orang Melayu Kristian semakin berani malah ada kata sudah wujud Persatuan melayu Kristian. Malah selalu juga menghantar komen di blog ini. Inilah kesan perpecahan orang Melayu Islam sekarang ni.

Aku mula-mula malas nak dedahkan blog ni sebab takut ada yang terpedaya dengan blog ni, tetapi masa ni setiap orang Islam menggunakan kuasa kita di alam cyber.

Jom FLAG blog celaka ni --> http://adibahahmad.blogspot.com

Lepas tu klik Flag Blog.



Tanda di ruangan hate and violence pun ok dan ikut arahan selanjutnya sehingga submit.



Sumber : isuhangat



UPDATE : Akhirnya Blog ni telah ditutup hasil usaha orang ramai mem'flag' blog ni

PSP 4000 and PSP2 Rumour

Posted by ElectroBuzz

Sony bercadang untuk melancarkan PSP 4000 pada lewat 2009 dan kemudiannya PSP2 jika mendapat sambutan. Tapi tiada maklumat terperinci yang diberikan bergantung kepada kejayaan PSP 3000 yang baru sahaja dilancarkan pada Oktober 2008. Pelancaran PSP 4000 adalah ditunggu-tunggu dengan harapan dapat membaiki masalah yang ada PSP 3000 iaitu iteration's interlacing issue.

iteration's interlacing issue

PSP 3000 hanya diupgrade dengan built in microphone untuk aplikasi seperti Skype dan display yang bermasalah. Tapi ia dilengkapi dengan sekuriti yang tinggi dan motherboard yang baru menyukarkan hacker dan cracker seterusnya mengatasi masalah piracy. Ini kerana Sony telah menerima complain dari Game Developer yang rugi dengan model PSP 2000 yang mengalami masalah cetak rompak yang serius. Dengan kejayaan PSP 3000 mungkin lebih banyak game dapat dikeluarkan. Sama-sama kita tunggu dan lihat...


PSP 3000

Sumber : Eurogamer

Salam Ta'aruf

Posted by ElectroBuzz

Assalamualaikum. Dalam mengejar arus kemajuan masa kini pelbagai platform digunakan untuk menyampaikan pelbagai wadah dan wacana. Salah satunya adalah melalui penulisan Blog. Ada yang baik malah juga ada yang mengundang kontroversi serta menyentuh isu-isu sensitif. Walaubagaimanapun, blog Gadget Mania ini dibuat semata-mata untuk berkongsi minat kaitan dengan komputer, gadget electronik serta isu-isu semasa. Diharap kita semua dapat berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar idea yang kadang-kadang tiada di tempat lain. Memandangkan ElectroBuzz tengah cuti 2 minggu ni pastu bosan tak tau nak buat apa...jadi elok rasanya berjinak-jinak dalam dunia blog ni.