Gadget Mania

Gila Bukan Sebarangan Tapi Gila Dalam Mencari Informasi

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

Gadget Mania

Dec 29, 2008

Harga PSP 2000 (Slim) Terhangat Di Pasaran

Posted by ElectroBuzz

Dua hari yang lepas, ElectroBuzz sempat buat survey harga PSP 2000 di sekitar kawasan Seberang Perai. Apa yang memeranjatkan rata-rata kedai menawarkan harga yang cekik darah di antara RM 950 hingga RM 1050.Tu pun bukan semua bagi full package. Kedai A menawarkan harga RM 999. Spec : Console, Screen Protector, Memory Card 4GB dan bonus 2 game UMD. Kedai B plak bagi harga RM 1050 dengan console, full package ( screen protector, pouch bag,TV component cable, spare button dan earphone) tapi tinggal last copek ja.. colour merah. Semua ni fully hacked ( maksudnya bleh men UMD pirate game download).

Seperti yang dimaklum kepada ElectroBuzz, model PSP 2000 Sony dah kurang keluar. Yelah..dah ada model PSP 3000 yang lebih tinggi security (setakat ni tak bleh nak hack) buat pa nak keluar model lama yang senang-senang orang hack pastu bleh men UMD pirate. Berdasarkan info harga PSP 2000 original dari Sony Style Malaysia adalah RM 799 manakala PSP 3000 adalah RM 899. Beza banyak tuhh harga dengan PSP yang dah dihacked. Tapi masalahnya harga UMD game original adalah di antara RM 100 hingga RM 150. Mahal tuu..beli empat lima keping dah bleh beli console baru..kalau kaya tak pa la. Difahamkan trend harga PSP 2000 akan terus melonjak sampai ia lenyap dari muka bumi ni.

0 comments:

Post a Comment