Gadget Mania

Gila Bukan Sebarangan Tapi Gila Dalam Mencari Informasi

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

Gadget Mania

Jan 20, 2009

Jurugambar Indonesia Mirip Obama

Posted by ElectroBuzz

JAKARTA: Jurugambar Indonesia, Ilham Anas (gambar) tidak akan menyaksikan perisytiharan Presiden baru Amerika Syarikat, Barack Obama, esok, sebaliknya beliau akan berlakon sebagai lelaki yang menyerupai Obama dalam televisyen republik ini.

Ilham, 34, yang dari beberapa aspek agak sama dengan presiden baru Amerika itu, menjadi terkenal di ibu kota ini selepas Obama, 47, memenangi pilihan raya November lalu, dan kini meraih pendapatan sebagai ‘Obama palsu’.

Ramai rakyat Indonesia mempunyai minat tinggi terhadap Obama yang pernah tinggal di ibu kota ini selama empat tahun selepas ibunya, Ann Dunham, berkahwin dengan warga Indonesia beragama Islam, Lolo Soetoro, selepas perkahwinannya dengan bapa Obama berbangsa Kenya berakhir.

“Apabila Obama menang, rakan saya gemar mempersendakan saya - mereka menyuruh saya memakai sut, tali leher dan mengambil gambar saya sebagai Obama,” kata Ilham.

“Gambar itu tersebar dengan cepat di internet. Ia luar biasa. Kemudian stesen televisyen dan sebuah agensi pengiklanan menghubungi saya.”



Beliau muncul dalam iklan farmaseutikal di Filipina sebagai Obama yang dijangka mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat, esok.

Ilham yang lahir dan dibesarkan di Bandung, Jawa Barat, berkata, beliau berasa bertuah memiliki wajah iras Obama.

“Saya tidak pernah terfikir menjadi bintang dalam iklan. Saya amat bertuah,” kata Ilham.

“Saya berada di lapangan terbang di Malaysia dan seorang lelaki mendekati dan bertanya: “Adakah anda Obama? Saya terperanjat apabila beliau meminta untuk mengambil gambar dan membelikan saya makanan,” katanya. - Reuters

0 comments:

Post a Comment