Gadget Mania

Gila Bukan Sebarangan Tapi Gila Dalam Mencari Informasi

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

Gadget Mania

Dec 29, 2008

Harga PSP 2000 (Slim) Terhangat Di Pasaran

Posted by ElectroBuzz

Dua hari yang lepas, ElectroBuzz sempat buat survey harga PSP 2000 di sekitar kawasan Seberang Perai. Apa yang memeranjatkan rata-rata kedai menawarkan harga yang cekik darah di antara RM 950 hingga RM 1050.Tu pun bukan semua bagi full package. Kedai A menawarkan harga RM 999. Spec : Console, Screen Protector, Memory Card 4GB dan bonus 2 game UMD. Kedai B plak bagi harga RM 1050 dengan console, full package ( screen protector, pouch bag,TV component cable, spare button dan earphone) tapi tinggal last copek ja.. colour merah. Semua ni fully hacked ( maksudnya bleh men UMD pirate game download).

Seperti yang dimaklum kepada ElectroBuzz, model PSP 2000 Sony dah kurang keluar. Yelah..dah ada model PSP 3000 yang lebih tinggi security (setakat ni tak bleh nak hack) buat pa nak keluar model lama yang senang-senang orang hack pastu bleh men UMD pirate. Berdasarkan info harga PSP 2000 original dari Sony Style Malaysia adalah RM 799 manakala PSP 3000 adalah RM 899. Beza banyak tuhh harga dengan PSP yang dah dihacked. Tapi masalahnya harga UMD game original adalah di antara RM 100 hingga RM 150. Mahal tuu..beli empat lima keping dah bleh beli console baru..kalau kaya tak pa la. Difahamkan trend harga PSP 2000 akan terus melonjak sampai ia lenyap dari muka bumi ni.

Dec 27, 2008

Blog Adibah Ahmad

Posted by ElectroBuzz

Adibah Ahmad (tak tau samada dipedajal atau apa) yang saya postkan dalam post sebelum ini,
http://isuhangat.blogspot.com/2008/12/minah-ni-hina-islam.html dulu kat friendster sekarang dah buat blog guna blogspot pula.

Samada dia atau siapa yang pedajal dia ni memang kurang ajar. Kalau kat luar negara dah kena halal dah darah dia macam kes karikatur Denmark beberapa tahun lepas pasal blog ni menyamakan menghina Nabi Muhammad SAW dengan cara amat melampau!!! (aku tak sanggup nak taip)

Ada keluar kat Berita TV3 pasal blog celaka ni. Secara logiknya memang dia diperkenakan kalau tidak takkan paparkan no telefon lagi. No telefon yang tersebut adalah milik sebuah syarikat jual kereta mewah di Kuala Lumpur.

MCMC pun tidak boleh buat apa-apa pasal blogspot ni blog mendaftar di luar negara tetapi pihak yang berkenaan tolonglah siasat manusia yang bernama Adibah Ahmad ni. Kalau dia menjadi mangsa harap polis dapat siasat siapa yang perkenakan dia. Mesti boleh trace punya sebab detail pasal Adibah Ahmad dia tahu. Di friendster yang kena ban tu pun ada koleksi gambar peribadi Adibah Ahmad. Mesti seseorang yang mengenali beliau secara rapat. Dari gaya tulisannya menunjukkan penulis blog ini ialah orang Melayu dan mengatakan blognya untuk orang yang open minded, orang kampung pergi tempat lain. Betullah orang Melayu Kristian semakin berani malah ada kata sudah wujud Persatuan melayu Kristian. Malah selalu juga menghantar komen di blog ini. Inilah kesan perpecahan orang Melayu Islam sekarang ni.

Aku mula-mula malas nak dedahkan blog ni sebab takut ada yang terpedaya dengan blog ni, tetapi masa ni setiap orang Islam menggunakan kuasa kita di alam cyber.

Jom FLAG blog celaka ni --> http://adibahahmad.blogspot.com

Lepas tu klik Flag Blog.



Tanda di ruangan hate and violence pun ok dan ikut arahan selanjutnya sehingga submit.



Sumber : isuhangat



UPDATE : Akhirnya Blog ni telah ditutup hasil usaha orang ramai mem'flag' blog ni

PSP 4000 and PSP2 Rumour

Posted by ElectroBuzz

Sony bercadang untuk melancarkan PSP 4000 pada lewat 2009 dan kemudiannya PSP2 jika mendapat sambutan. Tapi tiada maklumat terperinci yang diberikan bergantung kepada kejayaan PSP 3000 yang baru sahaja dilancarkan pada Oktober 2008. Pelancaran PSP 4000 adalah ditunggu-tunggu dengan harapan dapat membaiki masalah yang ada PSP 3000 iaitu iteration's interlacing issue.

iteration's interlacing issue

PSP 3000 hanya diupgrade dengan built in microphone untuk aplikasi seperti Skype dan display yang bermasalah. Tapi ia dilengkapi dengan sekuriti yang tinggi dan motherboard yang baru menyukarkan hacker dan cracker seterusnya mengatasi masalah piracy. Ini kerana Sony telah menerima complain dari Game Developer yang rugi dengan model PSP 2000 yang mengalami masalah cetak rompak yang serius. Dengan kejayaan PSP 3000 mungkin lebih banyak game dapat dikeluarkan. Sama-sama kita tunggu dan lihat...


PSP 3000

Sumber : Eurogamer

Salam Ta'aruf

Posted by ElectroBuzz

Assalamualaikum. Dalam mengejar arus kemajuan masa kini pelbagai platform digunakan untuk menyampaikan pelbagai wadah dan wacana. Salah satunya adalah melalui penulisan Blog. Ada yang baik malah juga ada yang mengundang kontroversi serta menyentuh isu-isu sensitif. Walaubagaimanapun, blog Gadget Mania ini dibuat semata-mata untuk berkongsi minat kaitan dengan komputer, gadget electronik serta isu-isu semasa. Diharap kita semua dapat berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar idea yang kadang-kadang tiada di tempat lain. Memandangkan ElectroBuzz tengah cuti 2 minggu ni pastu bosan tak tau nak buat apa...jadi elok rasanya berjinak-jinak dalam dunia blog ni.